TIGA SIFAT MENDAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH
ALLAH SWT menciptakan jin dan manusia adalah semata- mata untuk mereka beribadah kepadaNya dengan hati yang ikhlas tanpa melakukan syirik kepadaNya.
Dunia tempat beramal tanpa balasan dan akhirat adalah tempat balasan tanpa amal.
Balasan diakhirat hanya dua sahaja iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Orang mukmin akan berusaha bersungguh- sungguh untuk beramal di dunia semuga dengan amalnya dan mendapat rahmat Allah , dia layak memasuki syurga Allah SWT.
Dalam satu hadis sahih sekiranya seorang mukmin itu mempunyai 3 sifat yang mulia maka terdapat jaminan daripada Rasulullah SAW bahawa orang tersebut layak untuk memasuki syurga Allah SWT.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْتَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
"Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang :
1. Yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar.
2. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang :
Yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau.
3. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang :
• Yang memperelok akhlaknya."
(HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih
Berdasarkan hadis diatas Rasulullah SAW memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:
1. Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.
• Orang yang berdebat atau berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.
• Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.
2. Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan. (Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan).
• Jika dalam keadaan bergurau baginda melarang berbohong apatah lagi berbohong dalam keadaan amalan hidup seharian bersama rakyat. Pemimpin yang suka berbohong tidak layak menjadi pemimpin
3. Memperelok akhlaknya (berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan berhubungan dengan kawan dan lawan). Akhlak yang mulia akan dihormati oleh manusia dan akhlak yang mulia juga akan memberatkan timbangan amal
Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.
Oleh itu untuk layak mendapat syurga Allah SWT cuba elakkan perdebatan dengan orang yang jahil tanpa ilmu, tinggalkan pendustaan dan berbohong dan akhir sekali berakhlaklah dengan akhlak Islam untuk mendapat syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi. Wallahu a'lam
Sekian, Wassalam .
# Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga #
13052020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan