RAYUAN SUMBANGAN

KOMPLEKS TARBIYYAH
MASJID TAJUL ARIFFIN
Diurus oleh:
TQN CARE ENTERPRISE (KT 0303302 - D)
D/A Lot 1898 Kg. Pantai Damat
Perupok, 16300 Bachok
Kelantan Darul Naim








KERTAS KERJA CADANGAN
PEMBINAAN MASJID TAJUL ARIFFIN
DI ATAS LOT 1061,
KG PAYA MENGKUANG, PERUPOK, 16300
BACHOK KELANTAN,
DARUL NAIM
.







Pemaju/Pengurus Projek
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tajul Ariffin
D/A Lot 1898 Kg. Pantai Damat
Perupok, 16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
Tel : 09- 7533049 HP :+019-948 9094
Email address : tajulariffin12@gmail.com






KERTAS KERJA CADANGAN PEMBINAAN MASJID TAJUL ARIFFIN
DI ATAS LOT 1061, KG PAYA MENGKUANG, PERUPOK, 16300
BACHOK KELANTAN,
DARUL NAIM.


1.0 PENDAHULUAN

Masjid merupakan satu institusi utama agama Islam. Ia sebagai tempat beribadat secara berjemaah penduduk setempat. Masjid juga berperanan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berjiwa murni dan berakhlak mulia. Kg. Paya Mengkuang terletak di Jalan Baru Kg. Sungai yang sedang pesat membangun.

Kg. Paya Mengkuang pada asalnya merupakan kawasan pertanian yang luas. Setelah jalan baru kg. Sungai dibuka banyak rumah dan kedai yang baru dibina disekitar kawasan ini. Kampung ini didiami oleh lebih kurang 50 keluarga.

Kepesatan pembangunan serta penambahan penduduk di kawasan Kg. Paya Mengkuang yang terletak dijalan utama telah menyebabkan perlunya didirikan sebuah masjid untuk keperluan masyarakat sekitar bersolat jemaah. Masjid yang akan didirikan ini bukan sahaja untuk tujuan solat berjemaah, malah ia juga akan dijadikan pusat aktiviti remaja-remaja yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar. Menyedari hakikat inilah, maka usaha-usaha untuk menubuhkan masjid tersebut amat diharapkan agar ia menjadi satu titik tolak untuk mengembalikan masyarakat dalam meletakkan pergantungan kepada Allah dalam semua aktiviti kehidupan.


2.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama mengapa perlu didirikan sebuah masjid di kawasan ini adalah :-
1.   Segala urusan kebajikan dan tuntutan ahli kariah di kawasan ini dapat dipermudahkan dengan adanya kemudahan sebuah masjid, insyallah
2.   Meningkatkan lagi kefahaman  Islam ahli kariah melalui majlis-majlis ilmu dan kelas pengajian agama yang akan diadakan.
3.   Merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan penduduk di kawasan ini melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ziarah, sambutan perayaan dan sebagainya.
4.   Berusaha mengatasi masalah remaja dan penyalah gunaan dadah melalui majlis zikir dan munajat dimasjid yang akan diwujudkan.
5.   Melahirkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu berteraskan syariat Islam dengan pelbagai aktiviti yang terancang dan berfaedah.
6.   Memupuk semangat berkerjasama dan bermaufakatan di kalangan ahli kariah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim semua kaum.
7.   Meningkatkan pembangunan belia Islam di kawasan ini dengan program yang dirancang seperti rakan masjid , eksipedisi solat dan sebagainya agar tidak terjebak dengan gejala sosial.
8.   Menghidupkan budaya membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran melalui majlis-majlis ilmu di masjid ini.
9. Mewujudkan kelas pengajian al-Quran dan Tahfiz kepada masyarakat sekitar.

3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA KOMPLEKS TARBIAH MASJID TAJUL ARIFFIN

PENASIHAT
Dato’ Hj Omar b. Mohamed
En. Pudzi b. Haron

PENGERUSI
Ustaz Muhamad Sharifuddin b. Noh

NAIB PENGERUSI
Ustaz Khairun Aminuddin b. Noh

SETIAUSAHA
En. Mohd Nazri b. Noh

BENDAHARI
Ustz. Norlia bt Hj. Yasin

AHLI JAWATANKUASA:-

1.      Hj.Mohamad Aziz b. Che Man
2.      Hj. Kamaruddin b. Ismail
3.      En. Nasrul b. Mohamed
4.      En. Hassan b. Mohamad
5.      En. Kasim b. Jaya
6.      Pn. Nik Maharani bt. Mohamad

4.0 LOKASI TAPAK CADANGAN MASJID

Lokasi tapak cadangan Masjid Tajul Ariffin ini akan dibina diatas sebidang tanah Lot 1061,
KG PAYA MENGKUANG, Mukim Paya Mengkuang daerah Perupok Bachok.
 Luas Lot tersebut 0.2457 Hektar (607 Depa). (Sila rujuk Appendix A1).


5.0 KONSEP CADANGAN MASJID

Pihak Jawatankuasa telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan akhirnya berjaya menyiapkan konsep reka bentuk Masjid Tajul Ariffin yang mengandungi 2komponen utama iaitu :-
  1. Kompleks Masjid Tajul Ariffin
  2. Kompleks Asrama Maahad Tahfiz Al Quran
Masjid yang dicadangkan ini bakal dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti:-
  1. Pusat Tahfiz Al Quraan lengkap dengan Asrama penginapan pelajar.
  2. Majlis-majlis Ilmu dan zikir.
  3. Pusat Pemulihan Dadah (Inabah).
  4. Pusat Rawatan Perubatan Islam.
Pelan susun atur tapak dan adalah seperti yang ditunjukan didalam Appendix A2.

Pusat Tahfiz Al Quran

Pihak jawatankuasa juga bercadang untuk membuka satu pusat Tahfiz al-Quran sebagai satu alternatif untuk mengisi masa lapang pelatih-pelatih yang sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di kompleks Tarbiah Tajul Ariffin.
Pada amnya detail spesifikasi Masjid Tajul Ariffin adalah seperti berikut :-
  1. Luas Keseluruhan Tanah 607 Depa (1/2 Ekar)
  2. Luas Keseluruhan Masjid 11,250 kaki persegi
  3. Luas Tingkat Atas 2,500 kaki persegi
  4. Luas Tingkat Bawah 8,750 kaki persegi
  5. Luas Dewan Solat Utama 3000 kaki persegi
  6. Kapasiti Dewan Solat Utama 200 jemaah
  7. Luas Bilik Imam/Pejabat 100 kaki persegi
  8. Bilangan Paip Wuduk 10 Nos
  9. Bilangan Tandas 8 Nos
  10. Bilangan Bilek Mandi 6 Nos

6.0 SUMBER PEMBIAYAAN MASJID TAJUL ARIFFIN

Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tajul Ariffin telah dimaklumkan berkenaan dengan beberapa pihak yang berminat untuk membiayai sebahagian daripada kos pembinaan Masjid Tajul Ariffin. Salah satu syor yang dikemukakan oleh wakil daripada pihak penderma agar pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tajul Ariffin memperuntukan sebahagian daripada tapak cadangan Masjid ini sebagai tapak untuk didirikan Asrama Tahfiz Masjid Tajul Ariffin. Antara sumber dana pembinaan :
Ø  Sumbangan dan derma orang ramai melalui iklan yang meluas.
Ø  Sumbangan kerajaan (amat terhad).
Ø  Sumbangan dan derma dari syarikat swasta
Ø  Zakat
Ø  Sedekah Jariah
Ø  Dan lain-lain lagi
Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank atas nama “KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN” (AK. No. 03-018-02-139182-4) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, atau (AK. No: 553083202503) (MAYBANK BACHOK) atau (0308-0000378-10-1) (CIMB ISLAMIK BANK). Manakala bahan binaan boleh dihantar terus ke alamat di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-948 9094 / 013-998 1522 / 019-933 6535



7.0 SOKONGAN

Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah Masjid dikawasan ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak. Pembinaan Masjid ini di atas tanah yang telah diwakafkan akan dapat mengelakkan daripada sebarang isu-isu sensitif.

Masjid ini akan dimanafaatkan dengan pelbagai majlis ilmu yang dapat mendidik generasi muda, remaja dan kanak-kanak agar pembangunan rohani mereka seimbang dengan pembangunan fizikal. Kewujudan Masjid ini insyAllah akan dapat meningkatkan syiar Islam dikawasan ini yang menambah minat penduduk setempat untuk bersama-sama menyertai serta mengimarahkan program-program masjid.

8.0 PENUTUP
Akhir kata sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan didalam usaha mendirikan Masjid ini serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak berkuasa, kewangan, pembinaan, kerjasama yang erat dari semua pihak dan lain lain lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Sabda Nabi S.A.W. “Sesiapa Yang Membina Masjid Dengan Hati Yang Ikhlas Kerana Allah Taala, Nescaya Allah Membina Untuknya Mahligai Di Syurga” H.R Muslim
Firman Allah SWT: “Bandingan (Derma) Orang-Orang Yang Membelanjakan Hartanya Pada Jalan Allah, Ialah Sama Seperti Sebiji Benih Yang Tumbuh Menerbitkan Tujuh Tangkai; Tiap-Tiap Tangkai Itu Pula Mengandungi Seratus Biji. Dan (Ingatlah), Allah Akan Melipatgandakan Pahala Bagi Sesiapa Yang Dikehendakinya, Dan Allah Maha Luas (Rahmat) Kurnianya, Lagi Meliputi Ilmu Pengetahuannya”. (Al-Baqarah :261).

Firman Allah SWT: “Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Jangan Rosakkan (Pahala Amal) Sedekah Kamu Dengan Perkataan Membangkit-Bangkit Dan (Kelakuan Yang) Menyakiti, Seperti (Rosaknya Pahala Amal Sedekah) Orang Yang Membelanjakan Hartanya Kerana Hendak Menunjuk-Nunjuk Kepada Manusia (Riak), Dan Ia Pula Tidak Beriman Kepada Allah Dan Hari Akhirat. Maka Bandingan Orang Itu Ialah Seperti Batu Licin Yang Ada Tanah Di Atasnya, Kemudian Batu Itu Ditimpa Hujan Lebat, Lalu Ditinggalkannya Bersih Licin (Tidak Bertanah Lagi). (Demikianlah Juga Halnya Orang-Orang Yang Kafir Dan Riak Itu) Mereka Tidak Akan Mendapat Sesuatu (Pahala) Pun Dari Apa Yang Mereka Usahakan. Dan (Ingatlah), Allah Tidak Akan Memberi Petunjuk Kepada Kaum Yang Kafir”. (Al-Baqarah :264)

Firman Allah SWT: Dan Belanjakanlah (Dermakanlah) Sebahagian Dari Rezeki Yang Kami Berikan Kepada Kamu Sebelum Seseorang Dari Kamu Sampai Ajal Maut Kepadanya, (Kalau Tidak) Maka Ia (Pada Saat Itu) Akan Merayu Dengan Katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah Baiknya Kalau Engkau Lambatkan Kedatangan Ajal Matiku - Ke Suatu Masa Yang Sedikit Sahaja Lagi, Supaya Aku Dapat Bersedekah Dan Dapat Pula Aku Menjadi Dari Orang-Orang Yang Soleh ". (Al-Munafiqun: 10).

Firman Allah SWT: Tidaklah Engkau Diwajibkan (Wahai Muhammad) Menjadikan Mereka (Yang Kafir) Mendapat Petunjuk (Kerana Kewajipanmu Hanya Menyampaikan Petunjuk), Akan Tetapi Allah Jualah Yang Memberi Petunjuk (Dengan Memberi Taufik) Kepada Sesiapa Yang Dikehendakinya (Menurut Undang-Undang Peraturannya). Dan Apa Jua Harta Yang Halal Yang Kamu Belanjakan (Pada Jalan Allah) Maka (Faedahnya Dan Pahalanya) Adalah Untuk Diri Kamu Sendiri Dan Kamu Pula Tidaklah Mendermakan Sesuatu Melainkan Kerana Menuntut Keredaan Allah Dan Apa Jua Yang Kamu Dermakan Dari Harta Yang Halal, Akan Disempurnakan (Balasan Pahalanya) Kepada Kamu, Dan (Balasan Baik) Kamu (Itu Pula) Tidak Dikurangkan. (Al-Baqarah :272)

 Appendix A1 (Pelan Tanah / Tapak  Masjid)



Appendix A2 (Pelan Masjid)