PENGENALAN

MASJID TAJUL  ARIFFIN

Nama masjid ini diambil sempena nama gelaran seorang guru mursyid Tariqah Naqsyabandiah KH Ahmad Sohibul Wafa’ Tajul Ariffin (Abah Anom) yang berpusat di Pondok Pasentren Suryalaya Tasik Malaya Jawa Barat. bagi mengenang jasa beliau.  Abah Anom banyak memberi didikan dan tunjuk ajar kepada jiwa-jiwa yang kosong dengan pengisian rohani. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 5 September 2011 bersamaan 6 Syawal 1432H.

                Pondok Pesentren Suryalaya berasal dari sebuah pondok tarikat yang mengamalkan sistem pengajian & mempraktikkan  zikir-zikir harian sehingga akhirnya berkembang pesat di zaman Abah Anom. Pondok ini juga memperkenalkan satu cara pemulihan dadah & menangani kenakalan remaja melalui amalan zikir dan solat-sunat (metode TQN) yang dipanggil “Pondok Remaja Inabah”. Sistem ini dilihat cukup berjaya memulihkan penagih-penagih dadah dan remaja yang bermasalah.

Saya mula mengenali amalan TQN secara dekat apabila menyertai rombongan NGO seramai 13 orang ke Pondok tersebut untuk meninjau metode yang digunakan pada 28 Nov 2007.

                Memandangkan belum ada satu tempat khusus untuk melaksana & mempraktikan metode TQN ini secara khusus, maka satu langkah telah diambil untuk membina sebuah masjid yang mengamalkan metode TQN.