Rabu, 13 Mei 2020

PESANAN PAK GURU

PESANAN PAK GURU
Dato’ Haji Mohd Zuki as-Syuja’ bin Shafie
Wakil Talqin TQN PP Suryalaya.

Assalamualaikum w.b.t

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t bagi diri peribadi saya, selawat dan salam disampaikan kepada junjungan besar nabiyana wa habibana saidina Muhammad s.a.w hamba pilihan Allah buat umat seluruhnya khususnya ikhwan dan akhwat PPS di bawah pimpinan Syeikh Abdullah Mubarak Bin Nur Muhammad r. a dan Syeikh Hj Ahmad Shohibulwafa Tajul Arifin. Saya Alhaqir ketua pembina PRI 1M selaku wakil talqin TQN PPS ingin mengajak sama-sama ikhwan dan akhwat untuk yang ingin meningkatkan amal takwa kepada Allah. Sempena ramadhan al mubarak yang mulia ini di harapkan semuanya berada dibawah lindungan dan kasih sayang Allah s.w.t sihat walafiat zahir dan batin. Oleh itu marilah sama-sama kita melanjutkan amalan yang telah diberi petunjuk dan panduan dari Pengersa Yang Mulia Syeikh Mursyid Pengersa Abah Syeikh Hj Ahmad Shohibulwafa Tajul Arifin r.a sebagaimana seperti biasa yang diamalkan :

1.Semasa menunggu tibanya waktu  berbuka puasa di antara setengah jam atau 15 minit, ada baiknya didahulukan dengan pembacaan tawasul sebelum berbuka puasa

2.Solat Magrib(zikir), Solat Isyak(zikir), Solat sunat lidaf ilbala

3.Taraweh 20 rakaat, selesai taraweh 20 rakaat mengenai witir hendaklah di akhiri selepas qiyamullail

4.Mulai mandi sunat taubat jam 02.00 pagi, terus solat sunat taubat 2 rakaat 
Tatacara solat sunat taubat selepas bagi salam sujud dan berdoa didalam sujud seperti berikut :
Ampun dosa-dosa kita
Ampun dosa-dosa ibu bapa kita
Ampun dosa guru-guru kita
Ampun dosa-dosa keseluruhan ahli keluarga
Kuatkan Iman kita
Sempurnakan Islam kita
Perbaikan budi akhlak kita
*bangun dari sujud baca:
 رَّبِّ أَنزِلۡنِی مُنزَلࣰا مُّبَارَكࣰا وَأَنتَ خَیۡرُ ٱلۡمُنزِلِینَ 41×

Solat sunat hajat 2 rakaat selesai bagi  salam sujud dan berdoa di dalam sujud seperti berikut :
Permudahkan ibadah
Permudahkan urusan dunia mahupun akhirat kita
*bangun dari sujud baca:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟
 وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 41×

Kemudian solat sunat tahajud 12 rakaat, witir 3 rakaat(qunut), zikir, tawasul, tawajjuh sampai sahur sehingga malam terakhir ramadhan

Adapun solat lailatur qodar haruslah mengikuti sebagaimana yang dicontohi oleh PPS mengikut lampiran yang di edarkan oleh PPS

Salam hormat dari saya serta saya doakan semoga para ikhwan dan akhwat yang sama-sama usaha ingin meningkat amal takwa kepada Allah agar diberikan kekuata, ketabahan, kesabaran lillahi taala kerana Allah s.w.t – alfatehah

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM W. B. T
14052020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan