Syurga Merindukan Empat Golongan Manusia
SETIAP manusia tentu saja mengharapkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan yang sebenarnya adalah kebahagian di syurga iaitu kebahagiaan yang kekal abadi , hanya mereka yang taat kepada Allah SWT dan meninggalkan laranganNya sahaja yang layak mendapat syurga
Dalam hadis Rasulullah syurga meridui 4 golongan manusia.
Rasulullah SAW bersabda :
الْجَنَّةُ مُشْتَاقَةٌ اِلَى أَرْبَعَةِ نَفَرٍ : تَالِى الْقُرْانِ, وَحَافِظِ اللِّسَانِ, وَمُطْعِمِ الْجِيْعَانِ, وَصَا ئِمٍ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ .رواه أبوداود والترمذي عن ابن عباس
Maksudny : “Syurga merindukan empat golongan;
1. Orang yang membaca Al- Quran
2. Menjaga lisan (Ucapan)
3. Memberi makan orang lapar
4. Puasa Ramadan.”
(HR. Abu Daud dan Tirmizi dari Ibnu Hasan)
Empat golongan yang dirindukan syurga adalah seperti berikut :
1. Orang yang rajin membaca al-Quran.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.
(Surah Fathir ayat 29)
Nabi SAW bersabda maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”.
(Hadis Riwayat Muslim (804))
2. Orang yg selalu menjaga lisan.
Lisan salah satu anggota yang boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan. Untuk mendatangkan kebaikan jaga lisan kita agar hanya mengatakan hal-hal yang baik atau diam, ertinya tidak maki hamun, mengadu domba, mengumpat, memfitnah , menghina dan mengaibkan orang lain dan sebagainya
Rasulullah SAW juga bersabda:
سلامة الإنسان في حفظ اللسان
Maksudnya : "Keselamatan manusia tergantung pada kemampuannya menjaga lisan."
(H.R. Bukhari).
Daripada Sahl bi Sa'd r.a daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”
(Hadis riwayat al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)
Dalam riwayat lain dari Abu Hurairah disebutkan, "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata baik atau lebih baik diam (jika tidak mampu berkata baik)"
(HR: Bukhari dan Muslim).
3. Memberi makan orang lapar.
Sedekah dan memberi makanan kepada orang miskin merupakan salah satu amalan yang utama, kerana pertolongan Allah SWT akan datang kepada hamba yang memberi pertolongan kepada saudaranya atau manusia yang memerlukan pertolongan. Sebagai muslim sudah tentu tanggung jawab kepada orang lain atas rezeki yang diperoleh, yakni berupa zakat, infaq dan sedekah yang harus didermakan kepada yang berhak.
Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan”.
(HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)
Rasulullah S.A.W yang bersabda:
وَمَنْ أَشْبَعَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ وَسَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: Dan sesiapa yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa maka dia akan mendapat keampunan atas dosa-dosanya, dan Allah akan memberikan dia minum daripada Haudh (telaga) ku dengan minuman yang akan menyebabkan dia tidak akan dahaga selamanya sehinggalah dia masuk ke dalam syurga."
(Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah (1878
4. Orang yang berpuasa dibulan Ramadan
Bulan Ramadan adalah amalan ibadah yang istimewa dan memilki derajat lebih dibanding amalan lain. Kerana Allah SWT berjanji akan memberikan balasan yang setimpal. Sebuah hadis sahih mencatat yang diriwayatkan langsung oleh baginda Nabi SAW dari Rabb-nya, bahawa Dia berfirman:
“Kullu Amalin ibnu Adam lahu Illa shoumi, Fainnahu lii, waana ajziibihi.” ertinya “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Sebab ia hanyalah untukku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.”
(HR Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu).
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu ibadah utama bahkan merupakan salah satu Rukun Islam. Berpuasa bukan hanya menahan tidak makan dan minum saja, melainkan juga menjaga panca indera kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah swt. Bahkan tidak hanya itu saja, berpuasa juga menuntut kita untuk meninggalkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia. Insyallah jika kita berpuasa pada bulan Ramadan sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulllah SAW, maka derajat takwa akan kita peroleh yang balasannya tentu saja adalah Syurga Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.
Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?”
Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.”
(Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).
Oleh itu marilah sama- sama kita menjaga amal soleh kita terutama dibulan Ramadan yang mulia ini dengan banyak membaca al Quran, menjaga lidah, memberi makan orang miskin dan orang berpuasa dan menjaga puasa kita daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan membatalkan pahala puasa. Semoga kita dirahmati Allah SWT dan dapat memasuki syurga seluas langit dan bumi.yang disediakan untuk orang- orang bertakwa
Sekian, Wassalam
08052020
# Syurga Merindui 4 Golongan Manusia #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan