6 WAKTU MUSTAJAB BERDOA DI BULAN RAMADAN
Terdapat Enam Waktu Berdoa Paling Mustajab Di Bulan Ramadan,
CARILAH waktu-waktu mustajab doa di dalam bulan Ramadan ini, semoga doa-doa kita di mustajabkan oleh Allah SWT.
Bulan Ramadan dianggap waktu yang sesuai bagi kalian menadah tangan untuk membaca doa, nyatakan hajat kerana Allah SWT dalam hadis Qudsi yang berbunyi begini:
"Wahai manusia, ketika kamu berdoa dan berharap untuk-Ku, Aku mengampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli lagi dengan dosamu.”
(HR. Tirmidzi, diriwayatkan, ia berkata: ‘Hadits Hasan Sahih)
Sesungguhnya, Allah SWT memahami keadaan setiap manusia yang lemah dan memerlukan rahmatNya.
Malah Allah SWT juga mengutuk orang-orang yang enggan berdoa kepadaNya dan mereka disebut sebagai manusia yang sombong dan bakal diancam oleh api neraka.
Allah SWT hendak ingatkan maksud surah ini, iaitu doa hanya kepada Allah SWT.
قالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ
“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina”.
(Surah Ghafir ayat 60)
Berikut adalah doa mustajab di bulan Ramadan yang boleh anda lakukan.
Enam waktu yang menjadikan doa mustajab di bulan Ramadhan
Pertama : Doa Mustajab Waktu Sahur
Malah Ibn Hajar ada menjelaskan doa dan istighfar pada waktu sahur mudah dimakbulkan
(Fath Al-Bari 3:32. )
Allah juga berfirman: Barangsiapa berdoa kepada Ku, maka Aku akan mengabulkannya. Siapa yang bertanya akan diberikan. Siapapun yang meminta pengampunan kepada Ku, Aku akan mengampuninya -
(HR Bukhari dan Muslim.)
Kedua : Doa Mustajab Semasa Berpuasa
Hadis Nabi SAW.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاثة لا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ. رواه الترمذي
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang doanya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang terzalimi.”
(HR Tirmidzi)
Ketiga : Mustajab Doa Sepertiga Malam
Allah SWT sangat mencintai umat manusia yang selalu berdoa pada tiga malam terakhir.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda,
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ وَمَنْيَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
”Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Allah berfirman, ’Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku kabulkan. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku, niscaya Aku penuhi. Dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni.”
(HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 1808)
Keempat : Semasa Berbuka Puasa
Berbuka puasa adalah waktu yang paling barakah untuk umat manusia berdoa kerana ia adalah sebuah kebahagiaan setelah menahan rasa lapar dan dahaga dalam masa yang panjang.
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Kelima : Malam Lailatul Qadar
Menerusi Surah Al-Qadr ayat 3, malam Lailatul Qadar adalah lebih baik berbanding 1000 bulan. Malam ini juga disarankan untuk umat manusia berdoa dan memohon keampunan serta hajat yang diimpikan.
Jika anda menemui malam Lailatul Qadar, titipkan doa ini:
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: “Bacalah:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.
“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
"Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungiah diriku,"
Keenam : Semasa Azan Berkumandang
Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).
Marilah sama-sama kita banyakkan berdoa di enam tempat mustajab doa, semoga doa kita untuk kebahagian di dunia dan akhirat di kabulkan oleh Allah SWT
Sekian, Wassalam
07052020
#Enam Waktu Mustajab Doa #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan