Semua Pintu Syurga Di Buka Dalam Bulan Ramadan
SYURGA yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba- hambaNya yang terpilih mempunyai 8 Pintu Utama dan mempunyai 100 tingkat.
Hanya dalam bulan Ramadan sahaja pintu- pintu tersebut di buka.
Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَابَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ
“Pada awal malam bulan Ramadan, syaitan- syaitan dan jin-jin jahat dibelenggu, pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Pintu syurga dibuka, tidak ada satu pintu pun yang ditutup. Kemudian Allah menyeru:
‘Wahai penggemar kebaikan, rauplah sebanyak mungkin, wahai penggemar keburukan, tahanlah dirimu’.
Allah pun memberikan pembebasan dari neraka bagi hamba-Nya. Dan itu terjadi setiap malam”
(HR. Tirmidzi 682, dishahihkan oleh Al Albani dalam Sahih At Tarmidzi)
Di syurga terdapat 8 pintu :
Pintu-Pintu Syurga Untuk Amalan Terbaik Manusia Ketika Di Dunia.
حديث أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللهِ هذَاخَيْرٌ؛ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْبَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ. فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رضي الله عنه: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، يَا رَسُولَ اللهِ مَا عَلَي مَنْ دُعِيَمِنْ تِلْكَ الأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ، فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تلْكَ الأَبْوَابِ كُلِّهَا؟ قَالَ: نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ. أخرجه البخاري ومسلم
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya di jalan Allah ia kelak akan diseru dari pintu-pintu syurga:
"Wahai hamba Allah, ini adalah suatu kebaikan (yang disediakan untukmu).:
- Maka sesiapa yang dari kalangan ahli solat akan diseru dari pintu solat.
- Sesiapa yang dari kalangan ahli jihad akan diseru dari pintu jihad.
- Sesiapa yang dari kalangan ahli puasa akan diseru dari pintu rayyan.
- Sesiapa yang dari kalangan ahli sedekah akan diseru dari pintu sedekah”.
Lalu Abu Bakr r.a. berkata: Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku ya Rasulullah, tidaklah ada sebarang dharurat ke atas orang yang diseru dari pintu-pintu tersebut (untuk masuk melalui kesemuanya), maka apakah ada orang yang akan diseru dari kesemua pintu-pintu itu?
Jawab baginda: “Ya, dan aku berharap engkau termasuk dari kalangan mereka”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Dalam banyak hadis disebut bahawa pintu-pintu syurga itu berjumlah 8 buah pintu, antaranya hadis:
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فِي الْجَنَّةِ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابٍ فِيهَا بَابٌ يُسَمَّى الرَّيَّانَ لَا يَدْخُلُهُ إِلَّا الصَّائِمُونَ. أخرجه البخاري
“Dalam syurga itu ada lapan pintu, antaranya satu pintu yang dinamakan rayyan, tidak masuk melaluinya melainkan orang-orang yang berpuasa”.
(HR. Bukhari no. 3257)
Empat Pintu-pintu Syurga yang lain adalah :
Pintu Ke 5 Mengerjakan Haji. (mendapat haji mabrur)
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan syurga ”
Pintu Ke 6 iaitu Maafkan Kezaliman.
Dalam riwayat Imam Ahmad, dari Rawh bin ‘Ubadah dari Asy’ats, dari Al-Hasan Al-Bashri secara mursal, “Sesungguhnya Allah memiliki sebuah pintu di syurga, tidaklah yang masuk melaluinya kecuali orang-orang yang memaafkan kezaliman.”.
Termasuk juga orang yang sabar menghadapi dugaan hidup, seperti sakit, kemiskinan, di seksa, di penjara dan menghadapi musibah dan bala bencana. Sabda Rasulullah SAW ini:
“Pada hari kiamat kelak, apabila orang yang sihat melihat orang yang banyak diuji (semasa di dunia dan sabar atas ujian tersebut) mendapat pahala yang banyak, (maka orang yang sihat) sangat berharap agar kulit mereka dikoyak dengan gunting semasa di dunia dahulu,” (Hadis Riwayat Tirmizi.)
Pintu Ke 7 iaitu Pintu Al-Ayman , iaitu pintu orang yang bertawakkal pada Allah yang masuk dalam syurga tanpa hisab dan tanpa siksa.
Golongan yang masuk syurga tanpa hisab :
"...Ketika Rasulullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam keluar, mereka memberitahukan hal tersebut kepada baginda. Baginda bersabda: ‘Mereka itu adalah orang yang tidak pernah minta diruqyah, tidak meminta di kay , dan tidak pernah melakukan tathayyur , serta mereka bertawakkal kepada Rabb mereka..." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pintu Ke 8 iaitu Pintu Zikir
Adapun pintu kelapan adalah Pintu Zikir sebagaimana yang diisyaratkan dalam riwayat Tirmidzi.)
Di bulan Ramadan ini kelapan-lapan Pintu Syurga sudah ada di hadapan kalian, dan semuanya telah terbuka kalian boleh pilih salah satu daripada pintu-pintu tersebut. Jika kalian ada misi dan visi di dalam kerjaya, perniagaan dan kehidupan di dunia. maka lebih penting lagi kalian fokus salah satu pintu yg dominan di dalam amal soleh yang di buat setiap hari.
Berdasarkan hadis sahih diatas salah satu kelebihan bulan Ramadan setiap malam Allah bebaskan seseorang yang telah tercatat sebagai ahli neraka , diampunkanNya dengan rahmatNya hamba tersebut dimasukkan ke syurga.
Semuanya atas diri kalian untuk memilih amal terbaik untuk memasuki syurga Allah SWT, tepuk dada tanya IMAN.
Selamat beramal di bulan Ramadan ini semuga berjaya mendapat apa yg kalian hajatkan, insya Allah.
Sekian, Wassalam.
# 8 Pintu Syurga Di Buka #
17052020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan