Sabtu, 9 Mei 2020

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

ALANGKAH bahagianya sesiapa yang dapat menghayati Ramadan dengan mendapat rahmat, pahala yang besar dan keampunan disisi Allah SWT.

Rugilah siapa yang tidak mendapat keampunan daripada Allah apabila berlalu sudah Ramadan

Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadan, dia tidak memperolehi menfaat yang dijanjikan oleh Allah SWT

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu- nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat- saat mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata- mata *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan *TETAPI* bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh- sungguh memelihara puasa dari perkara yg membatalkan *TETAPI* berterusan maki hamun, mengumpat , membuka aib  dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha utk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*

*Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*
*"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*
             *(HR Ibnu Majah)*

Marilah sama- sama kita bermuhasabah diri dan menggunakan kesempatan masa dibulan Ramadan yang mulia ini untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amal hingga menjadi insan beriman dan bertakwa dengan mendapat keampunan disisi Allah SWT

Sekian, Wassalam .
10052020

# 10 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan