Ahad, 9 Ogos 2015

KELEBIHAN BERZIKIR

Kelebihan Berzikir.
1.Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan
kekuatannya.
2. Menyebabkan seseorang cinta kepadanya.
3. Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati.
4. Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
5. Menguatkan tubuh dan hati.
6. Menjadikan cahaya dalam rumah.
7. Menarik rezeki.
8. Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma &
berwibawa)
9. Zikir adalah sarana bagi kembali kepada ALLAH dan
membuat seseorang itu berserah diri kepada-Nya.
10. Mendekatkan seseorang kepada ALLAH.
11.Zikir adalah pintu makrifat kepada ALLAH.
12. Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran ALLAH dapat
masuk ke dalam hati.
13. Zikir membuatkan kita ingat pada ALLAH.
14. Zikir dapat menghidupkan hati.
15. Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani.
16. Menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan.
17. Menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was.
18. Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH, empat
penjuru ‘Arasy berzikir mengingatinya.
19. Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH pada waktu
senangnya, ALLAH mengingatinya pada saat dia berada dalam
kesusahan.
20. Zikir adalah sarana bagi menyelamatkan diri daripada
azab ALLAH.
21. Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan-
ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong,
perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
22. Majlis zikir adalah majlis malaikat, manakala majlis lalai
dan sia-sia adalah majlis syaitan.
23. Dengan berzikir, seseorang menjadi lebih bahagia dan
baik.
24. Pada hari kiamat, orang yang selalu berzikir terhindar
daripada bencana dan penyesalan.
25. Zikir adalah pohon di syurga.
26. Seseorang yang berzikir secara konsisten selamat
daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan
akhirat.
27. Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kemajuan dan
kejayaan.
28. Nur zikir sentiasa bersama orang yang berzikir.
29. Dalam hati manusia, ada bahagian yang boleh subur
hanya dengan berzikir.
30. Zikir dapat mengumpulkan kembali apa yang sudah
bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang
jauh dan menjauhkan yang dekat.
31. Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan
menyedarkannya daripada kelalaian.
32. Zikir adalah pohon yang berbuah makrifat.
33. Zikir adalah ubat penyakit hati.
34. Zikir adalah sumber kesyukuran.
#kembangkan
#Allahumma solli ala Muhammad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan