السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
20 Ramadan 1436H
7 julai 2015.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya Allah, takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.
Ya Allah Rabbul Jalil
sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami Engkau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu
Ya Allah Ya Rahman pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah.
Sesungguhnya Ya Allah pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh. Ya Allah golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai.
Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh Mu, maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik, dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Aziz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim.
Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka,
Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka,
Ya Allah jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka,
Ya Allah jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah agar mereka dapat beribadah bersama kami.
Ya Razak Ya Fattahu Ya Alim kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu,
Sebaliknya Ya Allah , janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.
Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami dan elokkan lah juga urusan akhirat kami.
Ya Allah jadikanlah kehidupan kami ini sebagai kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kembalikanlah kepada Mu dengan jiwa yang tenang.
Ya Allah janganlah Engkau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang.
Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul Qadr, pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr.
Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan kami,anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan