Ahad, 9 November 2014

REHLAH MAHABBAH 2 KE SONGKHLA & PONDAK PAK DAA EIIL KHASAK YALA

Pada : 24 - 25 Okt 2014
Hari Jumaat - Sabtu

Rombongan terdiri dari 4 keluaga, dengan 3 buah kereta. Kami bertolak dari Pengkalan Kubur dgn feri kemudian terus menuju ke pondok Pak Daa Eil Khasak Yala. Kami solat jumaat di masjid Hutan Bonggor Yala. Selepas itu kami bertolak ke Zoo Songkhala.

Sedang memaiki feri di pangkalan Kubur menuju Tak Bai
Dari Tak Bai mènuju ke pondok Pak Daa Eil Khasak Yala.
Kemudian rombongan kami menuju ke Zoo Songkhla

Sabtu, 27 September 2014

POHON SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN

KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFIN
D/A Lot 1898 Kg. Pantai Damat
Perupok, 16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
Tel : 09- 7533049 HP :+6019-948 9094
.
Website : www.ktmta.blogspot.com. Email / Facebook : tajulariffin12@gmail.com
Ruj. kami     : KTMTA 01/01(04)14
Bertarikh     : 26 Sept. 2014
Bersamaan : 01 Zulhijjah 1435
Assalamu’alaikum wrt. Wbt.
Ke Majlis

YBhg. Dato’ / Datin Tuan/Puan,

 SEMUA PARA DERMAWAN

YBhg. Dato’ / Datin Tuan/Puan,

POHON SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBINAAN KOMPLEKS TARBIYAH  MASJID TAJUL ARIFIN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan kepada YBhg. Dato’/Datin, Tuan/Puan bahawa pihak kami sedang  membina bangunan masjid di Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Arifin. Anggaran kos bagi pembinaan tersebut sebanyak RM 1,261,000.00 (Ringgit: Satu Juta Dua Ratus Enam Puluh Satu Ribu Sahaja).

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dari YBhg. Dato’ / Datin Tuan/Puan bagi pembinaan tersebut. Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad  atas nama “Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Arifin” No AK : 03-018-02-139182-4 (BIMB) atau No AK : 553083202503 (Maybank Bachok) atau No AK : 0308-0000378-10-1 (CIMB Islamik Bank). Manakala bahan binaan boleh dihantar terus ke alamat di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-948 9094 / 013-998 1522 / 019-933 6535. Untuk keterangan lanjut sila layari : Website : www.ktmta.blogspot.com. Email / Facebook : tajulariffin12@gmail.com.

Keperihatinan dan sumbangan YBhg. Dato’ / Datin Tuan/Puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih, jazakalallah khairan kathira.

Sekian, wassalam.

SABDA NABI S.A.W. “SESIAPA YANG MEMBINA MASJID DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA ALLAH TAALA, NESCAYA ALLAH MEMBINA UNTUKNYA MAHLIGAI DI SYURGA” H.R MUSLIM

Yang menjalankan amanah,
                                t.t
(USTAZ MUHAMAD SHARIFUDDIN BIN NOH)
Pengerusi,
Komplek Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin

Kg. Paya Mengkuang, Bachok Kelantan.

Jumaat, 19 September 2014

SAFAR RUHI KE PESENTRAN SURYALAYA PD 16-18 SEPT. 2014

Ahli rombangan seramai 7 orang. Kami bertolak dari airport peng. chepa jam 8.00 pagi. Berlepas dari airport KLIA 2 jam 1.00 tgh. Tiba di airport jakarta jam 3.00 ptg.



Selepas tiba di Jakarta,  kamii bertolak ke pesentran az-Zainiyyah Sukabumi bersilaturahim bersama KH Zenzen.



Jam 10.00 pagi slps bersilaturim brrsama KH Zenzen kami bertolok ke Suryalaya tiba disana jam 8.00 mlm.


Rabu, 27 Ogos 2014

REHLAH MAHABBAH KE NARATIWAT

Rehlah pada Jumaat, tanggal 22 ogos 2014. Rombongan kami disertai oleh 5 keluarga.
Kami tlh menziarahi Baba Hj. Yusuf, dan menikmati makan tengahari di Pantai Naratiwat.