Selasa, 12 Mei 2020

SUARA HATI ALI BIN ABI THALIB

SUARA HATI ALI BIN ABI THALIB

Aku khawatir dengan suatu masa yang rodanya dapat menggilas keimanan.
Keyakinan hanya tinggal pemikiran, yang tak berbekas dalam perbuatan.
Banyak orang baik tapi tak berakal, ada orang berakal tapi tak beriman.
Ada lidah fasih tapi berhati lalai.
Ada yg khusyuk namun sibuk dalam kesendirian.
Ada ahli ibadah namun mewarisi kesombongan iblis.
Ada ahli maksiat rendah hati bagai sufi.
Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat.
Ada yang banyak menangis karena kufur nikmat.
Ada yang murah senyum namun hatinya mengumpat.
Ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut.
Ada yang berlisan bijak namun tak memberi teladan.
Ada pezina yang tampil menjadi figur.

Ada yang punya ilmu tapi tak paham.
Ada yang paham tapi tak menjalankan.
Ada yang pintar tapi membodohi.
Ada yg bodoh tapi tak tau diri.
Ada orang beragama tapi tak berakhlak.
Ada yang berakhlak tapi tak berTUHAN.
Lalu, di antara semua itu, di mana aku berada?

Semoga bermanfaat buat yang membacanya.

TIGA SIFAT MENDAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH

TIGA SIFAT MENDAPAT JAMINAN SYURGA ALLAH

ALLAH SWT menciptakan jin dan manusia adalah semata- mata untuk mereka beribadah kepadaNya dengan hati yang ikhlas tanpa melakukan syirik kepadaNya.

Dunia tempat beramal tanpa balasan dan akhirat adalah tempat balasan tanpa amal.

Balasan diakhirat hanya dua sahaja iaitu samaada ke syurga atau ke neraka. Orang mukmin akan berusaha bersungguh- sungguh untuk beramal di dunia semuga dengan amalnya dan mendapat rahmat Allah , dia layak memasuki syurga Allah SWT.

Dalam satu hadis sahih sekiranya seorang mukmin itu mempunyai 3 sifat yang mulia maka terdapat jaminan daripada Rasulullah SAW bahawa orang tersebut layak untuk memasuki syurga Allah SWT.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْتَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

"Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang :

1. Yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. 

2. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang :

Yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau.

3. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang :

• Yang memperelok akhlaknya." 

(HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih

Berdasarkan hadis diatas Rasulullah SAW memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1. Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

• Orang yang berdebat atau  berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

• Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

 2. Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan. (Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan).

• Jika dalam keadaan bergurau baginda melarang berbohong apatah lagi berbohong dalam keadaan amalan hidup seharian bersama rakyat. Pemimpin yang suka berbohong tidak layak menjadi pemimpin

3. Memperelok akhlaknya (berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan berhubungan dengan kawan dan lawan). Akhlak yang mulia akan dihormati oleh manusia dan akhlak yang mulia juga akan memberatkan timbangan amal

Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jaminan syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang memperelok akhlaknya, rumahnya paling tinggi di syurga.

Oleh itu untuk layak mendapat syurga Allah SWT cuba elakkan perdebatan dengan orang yang jahil tanpa ilmu, tinggalkan pendustaan dan berbohong dan akhir sekali berakhlaklah dengan akhlak Islam untuk mendapat syurga Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi. Wallahu a'lam

Sekian, Wassalam .

# Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga #
13052020

Isnin, 11 Mei 2020

Setiap Malam Di Bulan Ramadan Allah SWT Bebaskan Segolongan Ahli Neraka

Setiap Malam Di Bulan Ramadan Allah SWT Bebaskan Segolongan Ahli Neraka 

BULAN Ramadan al Mubarak adalah bulan teristimewa diantara bulan- bulan dalam kalender Hijriah.

Berpandukan hadis daripada Nabi SAW , betapa mulianya di bulan Ramadan ini setiap malam Allah SWT telah memilih segolongan ahli neraka untuk diampunkan dosa dan dimasukkan kedalam syurga

Terdapat hadis hasan daripada riwayat Tirmidzi

Rasulullah Sallallahu ‘Alihi Wasallam bersabda,

ﻭَ ﻟِﻠَّﻪِ ﻋُﺘَﻘَﺎﺀُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ، ﻭَ ﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

“Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam (bulan Ramadan).” 

(HR. At-Tirmidzi, Hasan, lihat Al-Misykat no. 1960)

Manfaatkan bulan mulia ini Ikhlas kembali kepada Allah SWT dengan memperbaiki diri dan memperbaiki niat
sangat berharap di Ramadan ini
semoga nama kita yang Allah tetapkan dineraka terbebas dari neraka dan di masuk ke dalam syurga 

Diriwayatkan Ahmad, Nasai, dan Tarmidzi. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

: مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

Ertinya: Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: 'Ya Allah, masukkan lah dia ke dalam syurga.' Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: 'Ya Allah, lindungi lah dia dari neraka."

Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad dengan membaca

: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Allaahumma innii as-alukal jannah, wa a'uudzu bika minan-naar

Ertinya: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu syurga, dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka."

Perbanyak doa ini
dalam solat ketika sujud dan selepas solat kerana mustajabnya doa ketika sujud dan lepas solat
samada siang dan malam

Diriwayatkan Bazzar (Kasyf, no. 962), dari hadits Abu Said, dia berkata, Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda,

ﺇﻥ ﻟﻠﻪ ﺗﺒﺎﺭﻙ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﺘﻘﺎﺀ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ ﻭﻟﻴﻠﺔ _ ﻳﻌﻨﻲ ﻓﻲ ﺭﻣﻀﺎﻥ _ , ﻭﺇﻥ ﻟﻜﻞ ﻣﺴﻠﻢ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ ﻭﻟﻴﻠﺔ ﺩﻋﻮﺓ ﻣﺴﺘﺠﺎﺑﺔ

“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan kebebasan dari siksa neraka pada setiap malam –yakni di bulan Ramadan- dan sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang terkabul ( mustajabah)”.

Terutama doa ketika akan berbuka puasa

Jabir radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ﺇِﻥَّ ﻟِﻠَّﻪِ ﻋِﻨْﺪَ ﻛُﻞِّ ﻓِﻄْﺮٍ ﻋُﺘَﻘَﺎﺀَ ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

“Sesungguhnya Allah memiliki pada setiap berbuka orang-orang yang dimerdekakan  (dari api neraka) dan itu di setiap malam.” 

(HR. Ibnu Majah, Shahih Ibnu Majah, 2/59)

Doa sebelum  berbuka puasa itu mustajab doa, kerana itu hendaknya kita jangan bual- bual kosong  sebelum  azan magrib menjelang sehingga lupa berdoa sebelum berbuka puasa

Nabi Shallallahu’alaihi Wa sallam bersabda,

ﺛﻼﺙ ﻻ ﺗﺮﺩ ﺩﻋﻮﺗﻬﻢ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺣﺘﻰ ﻳﻔﻄﺮ ﻭﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻌﺎﺩﻝ ﻭ ﺍﻟﻤﻈﻠﻮﻡ

”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil, dan doanya orang yang terzalimi.”

(HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

Oleh itu lakukan semua amal- amal ibadah dibulan Ramadan ini samaada solat dirumah secara berjemaah, terawih, berzikir, berdoa, beristighfar mohon agar dosa- dosa kita diampunkan oleh Allah SWT dan dimasukkan kedalam syurganNya dan dibebaskan daripada neraka

Sekian, Wassalam.
12052020

# Setiap Malam Allah Bebaskan Daripada Neraka #

SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT !!!! 

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*

Kepada muslimin muslimat yang di rahmati Allah SWT.

Kami dari KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN”
Lokasi : Lot 1061 Kampung Paya Mengkuang, Jln. Baru Kg. Sungai, Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.
Status tanah : Wakaf(MAIK)

Saya Menyeru dan mengajak tuan puan membantu kami, menyiapkan pembinaan masjid dan menampung kos pengurusan harian dan bulanan. Insya Allah sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. 

Mudah-mudahan dengan sumbangan anda semua sekecil apapun akan menjadi asbab diampunkan dosa2 kita di bulan penuh Rahmat ini..Aamiin..

Untuk infaq dan menderma, salaurkan melalui akaun :
“Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin”

BANK ISLAM  03-018-02-139182-4                        (Pengurusan Masjid)
MAYBANK  5530 8320 2503 (Wakaf Pembinaan  Masjid)
CIMB ISLAMIC  8601839250 (Wakaf Tanah) 

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
019-948 9094 (Ust. Sharifuddin)
013-998 1522 (Ustz Norlia)
013-904 6535 (Mohd Nazri)
Website : www.ktmta.blogspot.com
Email/fb : tajulariffin12@gmail.com

🕌 Semoga Allah SWT kurniakan ganjaran yg setimpal kpd mereka yg bersedekah jariah.

               امين يا رب العالمين

SEBARKAN!!!!!!

Kongsikan post ini supaya anda sama2 dpt SAHAM AKHIRAT.

war2kan ya..syukron jazakumullah khoirul jaza Aamiin..

Semoga kita semua diberkatiNya...aamin...
12052020

Ahad, 10 Mei 2020

Banyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan

Banyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan

Kedatangan bulan Ramadan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin.

Bagaimana tidak, banyak keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala digandakan, ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyadari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, akan menghayati Ramadhan sepenuh hati

Dalam musim PKP ( Perintah Kawal Pergerakan) semua rakyat diminta tinggal dirumah masing- masing kecuali beberapa bidang pekerjaan tertentu dibenarkan beroperasi dengan syarat yang ketat.

Maka dalam keadaan yang sukar ini ramai dikalangan rakyat tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan. Maka sempena bulan Ramadan ini untuk mereka yang berkemampuan bantulah dan keluarkan sedekah kalian untuk mereka yang memerlukan. Inilah masanya sumbangan kalian cukup bermakna

Mukmin sejati itu seorang dermawan , salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah.

Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. 

Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala,

 Sebagaimana hadis:

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Dari hadis ini demikian dapat diambil kesimpulan bahawa kikir dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” 

(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yait u alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi.

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertakwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” 

(HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Firman Allah SWT maksudnya.

 "Sesungguhnya orang- orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

(Surah Al Hadid ayat 18) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

(HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” 

(HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".

(HR al-Tirmizi) 

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi SAW adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."

 (HR Bukhari) 

Oleh itu hulurkanlah sedekah kalian terus kepada orang miskin atau  golongan yang hilang sumber pendapatan kerana bekerja sendiri atau mereka yang mendapat upah harian. Ataupun melalui ngo kebajikan yang mengagihkan sumbangan kepada masyarakat.

Sekian, Wassalam 
11052020

# Bersedekah Di Bulan Ramadan #

Sabtu, 9 Mei 2020

SYUKRAN, JAZAKALLAH

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*الحمد للّه*
*Dan Selamat Pagi*

*Alhamdulillah*
*Alhamdulillah*
*Alhamdulillah*
*Terimakasih ALLAH kerana di beri nafas lagi pagi ini* 
Terima kasih, JazakaAllah khairan khairan kasira di ucapkan kepada semua para PENDERMA, PEWAKAF, PENYUNBANG yang menyalur dan menghulurkan sumbangan, untuk menyiapkan pembinaan Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin.
*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH* *SWT, dipermudahkan segala urusan, diteguhkan Silaturrahim sesama kita, Ya ALLAH... jauhkan kami dari hutang yang tak boleh dibayar, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya...Ya ALLAH jika ada d kalangan kami yang sedang sakit kau sembuhkanlah...SesungguhNya Engkaulah yang Maha Penyembuh, kami tidak ada daya upaya hanya kepadaMu kami memohon, Engkau kabulkanlah segala hajat2 kami Ya ALLAH, Ya Rahman,Ya Rahim...*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Ust Muhamad Sharifuddin Noh
Pengerusi
Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin
HP : 0199489094
10052020

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

ALANGKAH bahagianya sesiapa yang dapat menghayati Ramadan dengan mendapat rahmat, pahala yang besar dan keampunan disisi Allah SWT.

Rugilah siapa yang tidak mendapat keampunan daripada Allah apabila berlalu sudah Ramadan

Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadan, dia tidak memperolehi menfaat yang dijanjikan oleh Allah SWT

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu- nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat- saat mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata- mata *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan *TETAPI* bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh- sungguh memelihara puasa dari perkara yg membatalkan *TETAPI* berterusan maki hamun, mengumpat , membuka aib  dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha utk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*

*Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*
*"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*
             *(HR Ibnu Majah)*

Marilah sama- sama kita bermuhasabah diri dan menggunakan kesempatan masa dibulan Ramadan yang mulia ini untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amal hingga menjadi insan beriman dan bertakwa dengan mendapat keampunan disisi Allah SWT

Sekian, Wassalam .
10052020

# 10 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan #