Isnin, 11 Mei 2020

Setiap Malam Di Bulan Ramadan Allah SWT Bebaskan Segolongan Ahli Neraka

Setiap Malam Di Bulan Ramadan Allah SWT Bebaskan Segolongan Ahli Neraka 

BULAN Ramadan al Mubarak adalah bulan teristimewa diantara bulan- bulan dalam kalender Hijriah.

Berpandukan hadis daripada Nabi SAW , betapa mulianya di bulan Ramadan ini setiap malam Allah SWT telah memilih segolongan ahli neraka untuk diampunkan dosa dan dimasukkan kedalam syurga

Terdapat hadis hasan daripada riwayat Tirmidzi

Rasulullah Sallallahu ‘Alihi Wasallam bersabda,

ﻭَ ﻟِﻠَّﻪِ ﻋُﺘَﻘَﺎﺀُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ، ﻭَ ﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

“Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam (bulan Ramadan).” 

(HR. At-Tirmidzi, Hasan, lihat Al-Misykat no. 1960)

Manfaatkan bulan mulia ini Ikhlas kembali kepada Allah SWT dengan memperbaiki diri dan memperbaiki niat
sangat berharap di Ramadan ini
semoga nama kita yang Allah tetapkan dineraka terbebas dari neraka dan di masuk ke dalam syurga 

Diriwayatkan Ahmad, Nasai, dan Tarmidzi. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُاللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُاللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ

Ertinya: Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: 'Ya Allah, masukkan lah dia ke dalam syurga.' Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: 'Ya Allah, lindungi lah dia dari neraka."

Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad dengan membaca

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Allaahumma innii as-alukal jannah, wa a'uudzu bika minan-naar

Ertinya: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu syurga, dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka."

Perbanyak doa ini
dalam solat ketika sujud dan selepas solat kerana mustajabnya doa ketika sujud dan lepas solat
samada siang dan malam

Diriwayatkan Bazzar (Kasyf, no. 962), dari hadits Abu Said, dia berkata, Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda,

ﺇﻥ ﻟﻠﻪ ﺗﺒﺎﺭﻙ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﺘﻘﺎﺀ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ ﻭﻟﻴﻠﺔ _ ﻳﻌﻨﻲ ﻓﻲ ﺭﻣﻀﺎﻥ _ , ﻭﺇﻥ ﻟﻜﻞ ﻣﺴﻠﻢ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻳﻮﻡ ﻭﻟﻴﻠﺔ ﺩﻋﻮﺓ ﻣﺴﺘﺠﺎﺑﺔ

“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan kebebasan dari siksa neraka pada setiap malam –yakni di bulan Ramadan- dan sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang terkabul ( mustajabah)”.

Terutama doa ketika akan berbuka puasa

Jabir radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

ﺇِﻥَّ ﻟِﻠَّﻪِ ﻋِﻨْﺪَ ﻛُﻞِّ ﻓِﻄْﺮٍ ﻋُﺘَﻘَﺎﺀَ ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

“Sesungguhnya Allah memiliki pada setiap berbuka orang-orang yang dimerdekakan  (dari api neraka) dan itu di setiap malam.” 

(HR. Ibnu Majah, Shahih Ibnu Majah, 2/59)

Doa sebelum  berbuka puasa itu mustajab doa, kerana itu hendaknya kita jangan bual- bual kosong  sebelum  azan magrib menjelang sehingga lupa berdoa sebelum berbuka puasa

Nabi Shallallahu’alaihi Wa sallam bersabda,

ﺛﻼﺙ  ﺗﺮﺩ ﺩﻋﻮﺗﻬﻢ ﺍﻟﺼﺎﺋﻢ ﺣﺘﻰ ﻳﻔﻄﺮ ﻭﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻌﺎﺩﻝ  ﺍﻟﻤﻈﻠﻮﻡ

”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil, dan doanya orang yang terzalimi.”

(HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

Oleh itu lakukan semua amal- amal ibadah dibulan Ramadan ini samaada solat dirumah secara berjemaah, terawih, berzikir, berdoa, beristighfar mohon agar dosa- dosa kita diampunkan oleh Allah SWT dan dimasukkan kedalam syurganNya dan dibebaskan daripada neraka

Sekian, Wassalam.
12052020

# Setiap Malam Allah Bebaskan Daripada Neraka #

SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT !!!! 

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*

Kepada muslimin muslimat yang di rahmati Allah SWT.

Kami dari KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN”
Lokasi : Lot 1061 Kampung Paya Mengkuang, Jln. Baru Kg. Sungai, Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.
Status tanah : Wakaf(MAIK)

Saya Menyeru dan mengajak tuan puan membantu kami, menyiapkan pembinaan masjid dan menampung kos pengurusan harian dan bulanan. Insya Allah sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. 

Mudah-mudahan dengan sumbangan anda semua sekecil apapun akan menjadi asbab diampunkan dosa2 kita di bulan penuh Rahmat ini..Aamiin..

Untuk infaq dan menderma, salaurkan melalui akaun :
“Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin”

BANK ISLAM  03-018-02-139182-4                        (Pengurusan Masjid)
MAYBANK  5530 8320 2503 (Wakaf Pembinaan  Masjid)
CIMB ISLAMIC  8601839250 (Wakaf Tanah) 

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
019-948 9094 (Ust. Sharifuddin)
013-998 1522 (Ustz Norlia)
013-904 6535 (Mohd Nazri)
Website : www.ktmta.blogspot.com
Email/fb : tajulariffin12@gmail.com

🕌 Semoga Allah SWT kurniakan ganjaran yg setimpal kpd mereka yg bersedekah jariah.

               امين يا رب العالمين

SEBARKAN!!!!!!

Kongsikan post ini supaya anda sama2 dpt SAHAM AKHIRAT.

war2kan ya..syukron jazakumullah khoirul jaza Aamiin..

Semoga kita semua diberkatiNya...aamin...
12052020

Ahad, 10 Mei 2020

Banyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan

Banyakkan Sedekah Di Bulan Ramadan

Kedatangan bulan Ramadan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin.

Bagaimana tidak, banyak keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala digandakan, ampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu. Seorang yang menyadari kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, akan menghayati Ramadhan sepenuh hati

Dalam musim PKP ( Perintah Kawal Pergerakan) semua rakyat diminta tinggal dirumah masing- masing kecuali beberapa bidang pekerjaan tertentu dibenarkan beroperasi dengan syarat yang ketat.

Maka dalam keadaan yang sukar ini ramai dikalangan rakyat tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan. Maka sempena bulan Ramadan ini untuk mereka yang berkemampuan bantulah dan keluarkan sedekah kalian untuk mereka yang memerlukan. Inilah masanya sumbangan kalian cukup bermakna

Mukmin sejati itu seorang dermawan , salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah.

Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. 

Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala,

 Sebagaimana hadis:

إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Dari hadis ini demikian dapat diambil kesimpulan bahawa kikir dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” 

(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yait u alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi.

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفرعبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertakwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” 

(HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

Firman Allah SWT maksudnya.

 "Sesungguhnya orang- orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

(Surah Al Hadid ayat 18) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

(HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” 

(HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".

(HR al-Tirmizi) 

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi SAW adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan."

 (HR Bukhari) 

Oleh itu hulurkanlah sedekah kalian terus kepada orang miskin atau  golongan yang hilang sumber pendapatan kerana bekerja sendiri atau mereka yang mendapat upah harian. Ataupun melalui ngo kebajikan yang mengagihkan sumbangan kepada masyarakat.

Sekian, Wassalam 
11052020

# Bersedekah Di Bulan Ramadan #

Sabtu, 9 Mei 2020

SYUKRAN, JAZAKALLAH

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*الحمد للّه*
*Dan Selamat Pagi*

*Alhamdulillah*
*Alhamdulillah*
*Alhamdulillah*
*Terimakasih ALLAH kerana di beri nafas lagi pagi ini* 
Terima kasih, JazakaAllah khairan khairan kasira di ucapkan kepada semua para PENDERMA, PEWAKAF, PENYUNBANG yang menyalur dan menghulurkan sumbangan, untuk menyiapkan pembinaan Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin.
*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH* *SWT, dipermudahkan segala urusan, diteguhkan Silaturrahim sesama kita, Ya ALLAH... jauhkan kami dari hutang yang tak boleh dibayar, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya...Ya ALLAH jika ada d kalangan kami yang sedang sakit kau sembuhkanlah...SesungguhNya Engkaulah yang Maha Penyembuh, kami tidak ada daya upaya hanya kepadaMu kami memohon, Engkau kabulkanlah segala hajat2 kami Ya ALLAH, Ya Rahman,Ya Rahim...*

*آمِيّنْ... آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Ust Muhamad Sharifuddin Noh
Pengerusi
Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin
HP : 0199489094
10052020

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

10 Golongan Yang Rugi Setiap Kali Bertemu Ramadan

ALANGKAH bahagianya sesiapa yang dapat menghayati Ramadan dengan mendapat rahmat, pahala yang besar dan keampunan disisi Allah SWT.

Rugilah siapa yang tidak mendapat keampunan daripada Allah apabila berlalu sudah Ramadan

Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadan, dia tidak memperolehi menfaat yang dijanjikan oleh Allah SWT

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.

2. Mereka yg menunggu- nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat- saat mustajab doa.

3. Mereka yg bangun utk bersahur semata- mata *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.

4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan *TETAPI* bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.

5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

9. Mereka yg bersungguh- sungguh memelihara puasa dari perkara yg membatalkan *TETAPI* berterusan maki hamun, mengumpat , membuka aib  dan menabur fitnah sesama Muslim. 

10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha utk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*

*Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*
*"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*
             *(HR Ibnu Majah)*

Marilah sama- sama kita bermuhasabah diri dan menggunakan kesempatan masa dibulan Ramadan yang mulia ini untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amal hingga menjadi insan beriman dan bertakwa dengan mendapat keampunan disisi Allah SWT

Sekian, Wassalam .
10052020

# 10 Golongan Yang Rugi Di Bulan Ramadan #

DANA “KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN”

SAHAM AKHIRAT !!!!!

DANA “KOMPLEKS TARBIYYAH MASJID TAJUL ARIFFIN”

Lokasi : di Lot 1061 Kampung Paya Mengkuang, Jln. Baru Kg. Sungai, Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.
Status tanah : Wakaf (MAIK)

Assalamualaikum tuan puan, 

Pohon agar dapat membantu kami menyiapkan pembinaan Kompleks Tarbiyyah Masjid  Tajul Ariffin dan menampung kos pengurusan harian dan bulanan. In sha Allah sumbangan tuan puan akan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. 

Matlamat kami untuk melahirkan anak-anak yang mendalami Ilmu al-Quran dan ilmu-ilmu Islam.

Manfaat BERSEDEKAH 
==============================
 Menyucikan Diri
 Pahala Berlipat Ganda
 Menyembuhkan Penyakit
 Panjang Umur
 Menghindarkan dari Marabahaya

Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Jika anda menghadapi Terlalu berkira kira, Takut jatuh miskin, Tidak yakin, Ragu-ragu dan sewaktu dengannya, belajarlah memberi untuk mendidik hati kita..

Tak nak ke? Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)?

Tak nak ke?.. Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)??

Apalah sangat pelaburan  ini, berbanding semua perkara yang anda akan dapat selepas BERSEDEKAH..

 Menyucikan Diri 
 Pahala Berlipat Ganda 
 Menyembuhkan Penyakit 
 Panjang Umur 
 Menghindarkan dari Marabahaya 

========
BERAPA UNTUK MENDERMA?
========

Terpulang kepada anda berapa sahaja untuk menDERMA. Kami buka serendah RM 10.00 sahaja.

Jadi, sesiapa sahaja boleh MEREBUT peluang ini. In sha Allah, lagi banyak anda menyumbang, lagi BESAR SAHAM ANDA!

==========
SAYA INGIN MENYUMBANG, BAGAIMANA? 
==========

Kami benar-benar memerlukan sokongan anda. Hadiah dari Allah kepada kamu kerana menemui peluang keemasan ini! Kongsikanlah peluang ini dan mari menderma!

SALURKAN INFAQ ANDA MELALUI AKAUN :
“Kompleks Tarbiyyah Masjid Tajul Ariffin”

BANK ISLAM  03-018-02-139182-4                        (Pengurusan Masjid)
MAYBANK  5530 8320 2503 (Wakaf Pembinaan  Masjid)
CIMB ISLAMIC  8601839250 (Wakaf Tanah) 

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
019-948 9094 (Ust. Sharifuddin)
013-998 1522 (Ustz Norlia)
013-904 6535 (Mohd Nazri)
Website : www.ktmta.blogspot.com
Email/fb : tajulariffin12@gmail.com

🕌 Semoga Allah SWT kurniakan ganjaran yg setimpal kpd mereka yg bersedekah jariah.

               امين يا رب العالمين

SEBARKAN!!!!!!

Kongsikan post ini supaya anda sama2 dpt SAHAM AKHIRAT.
10052020

Jumaat, 8 Mei 2020

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS 🌳

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr 

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

🍃🌹tazkirah hati🌹🍃

#Share ilmu ini utk peringatan semua